Curang sebenarnya boleh menghancurkan kepercayaan dan harapan sesebuah perhubungan. Apatah lagi jika ia berlaku dipertengahan hubungan yang sudah menjangkau usia bertahun-tahun.

Sebab-Sebab Mengapa Perempuan Curang Dengan Lelaki Yang Ramai Tidak Ketahui
Sebab-Sebab Mengapa Perempuan Curang Dengan Lelaki Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Ramai orang tidak boleh henti berfikir apakah sebabnya seseorang itu berlaku curang. Bahkan, mereka sering menyalahi diri sendiri. Sudah pastinya dalam sesebuh perhubungan akan ada situasi di mana pasangan berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau mungkin pertengkaran yang sehinggakan mereka meluahkan masalah pada seseorang dan akhirnya berlaku curang.


Sebab-Sebab Mengapa Perempuan Curang Dengan Lelaki Yang Ramai Tidak Ketahui


Wanita yang berlaku curang (lelaki juga banyak yang berbuat sedemikian) selalunya disebabkan isu yang ada diri sendiri. Jom kita lihat sebba-sebab menagapa wnaita curang :

1. Kurang Keyakinan Diri

Boleh kata wanita mungkin berlaku curang dek kerana kurang keyakinan diri dan disebabkan itu mereka merasakan yang mereka memerlukan lebih perhatian dari si dia untuk meningkatkan daya keyakinan diri. Tetapi ini bukan bermakna yang anda boleh jadikan ia satu alasan yang si dia punca anda berlaku curang sedangkan diri sendiri yang perlu ubah cara kita sendiri.


2. Cepat Bosan

Sesetengah wanita yang berlaku curang adalah disebabkan cepat bosan dengan sesebuah perhubungan. Mungkin mereka terlalu penat secara dalaman, kurang memuaskan di tempat kerja, tertekan dengan situasi sesebuah hubungan yang menyakitkan, pada masa yang sama faktor peningkatan usia atau tanggungjawab yang dipikul terlalu membebankan, ia membuatkan wanita cenderung untuk berlaku curang. Apatah lagi pabila berasakan diri jiwa kosong akibat kurang perhatian.


3. Romantis

Wanita sukakan perkara yang romantik. Mungkin tidak semua, tetapi boleh kata majoriti wanita sukakannya. Pabila sesebuah ikatan yang terjalin seakan tiada satu perkara yang istimewa lagi baginya, wanita cenderung untuk berganjak ke sebuah hubungan yang lain, apatah lagi jika seseorang yang baru dikenali itu punya ciri-ciri yang lebih romantis, pastinya ia membuatkan kes curang berlaku.


4. Gangguan Dari Pasangan Yang Bermasalah

Salah satu sebab yang paling ketara adalah pabila pasangan tidak kira lelaki atau perempuan terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau kaki mabuk. Dan disebabkan perkara itu, wanita atau lelaki akan berlaku curang demi untuk menyelamatkan diri.


5. Sifat Obses Pada Sesuatu

Atau mungkin juga sebab si dia mengambil dadah atau obses akan perhatian ramai, membeli-belah, atau judi. Jika ada petanda sifat obses sebegini, ia juga boleh berlaku disebabkan masalah penyakit mental.


6. Krisis di Pertengahan Usia Atau Masalah Hormon

Masalah krisis dipertengahan usia mampu merosakkan sesebuah hubungan. Ditambah pula dengan masalah hormon yang berlanjutan, ia membuatkan tekanan perasaan menjadi-jadi sehinggakan sifat curang itu semakin teruk.

Teknik Memikat Jejaka Idaman Hati Anda-> Klik Disini<-

7. Perasaan Diabaikan

Jika pasangan kepada seseorang wanita itu sering mengabaikannya dan kurang memberikan perhatian kepadanya, wanita akan lebih cenderung untuk mencari orang lain demi mencari seseorang yang lebih bersifat intimasi.

SUMBER

Baca Juga : Ketahui Mengapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda Sebagai Teman Hidup

Post a Comment

Previous Post Next Post