Artikel Terkini

Cara Melayan Tetamu Mengikut Cara Islam


Sebagaimana ada adab menjadi tetamu, begitu juga ada ada menjadi tuan rumah. Bahkan menjaga adab sebagai tuan rumah barang kali lebih utama. Hal ini kerana nabi menjelaskan : 
Cara Melayan Tetamu Mengikut Cara Islam
Cara Melayan Tetamu Mengikut Cara Islam
Credit pic : SUMBER

''Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka muliakanlah tetamunya''. (Riwayat al-Bukhari)

 Cara Melayan Tetamu Mengikut Cara Islam


1. Menyambut Kedatangan Tetamu

Tunjukkan yang kita benar-benar mengalu-alukan kedatangannya. Berikan ucapan sambutan yang menggembirakan hatinya. Sayidatina Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah  menyambut Fatimah dengan berkata : '' Aku pernah menziarahi Nabi, Baginda menyambut : Marhaban Ummu Hani.'' (Riwayat al-Bukhari, secara ta'liq)


2. Berbual

Tuan rumah perlu ramah. Walaupun kita jenis yang tidak bercakap banyak, paksalah diri bersembang. Usah biarkan suasana kaku sehingga menyebabkan tetamu rasa tidak di alu-alukan lalu ingin segera pulang.


3. Menjamu Tetamu

Ada beberapa perkara yang dianjurkan bersegera menurut agama antaranya menjamu tetamu, mengurus jenazah, mengahwinkan anak. membayar hutang dan bertaubat. Sekalipun dengan air masak, sementara menanti menu sebenar tersedia. Sediakan tanpa perlu bertanya sudah makan atau belum.


4. Yang Tua Dan Dari Kanan Dahulu

Pada satu-satu masa kita mungkin menerima ramai tetamu yang pelbagai usia. Maka ketika itu, utamakan yang lebih tua dan dahulukan tetamu yang berada di sebelah kanan semasa menawarkan sesuatu. 

Nabi berpesan : '' Sesiapa yang tidak menyayangi orang muda kami, dan tidak menganjung hak orang tua kami, maka bukan dalam kalangan kami.'' (Riwayat Abu Dawud).


5. Tidak Menyuruhnya Melakukan Sesuatu

Elakkan meminta tetamu lakukan sesuatu walaupun perkara remeh sahaja. Raja' bin Haiwah berkata kepada Abdul Aziz bin Umar iaitu anak khalifah Umar Abdul Aziz : ''Aku belum pernah jumpa orang yang lebih sempurna adabnya dan cantik pergaulannya daripada ayahandamu.

Pernah suatu malam, sedang kami berbincang lampu terpadam. Ketika itu pelayan sudah tidur. Aku ingin mengejutkannya namun beliau menolak. Jadi aku ingin melakukan sendiri, tetapi dia juga menegah. Beliau berkata . ''Tidak bermaruah seseorang meminta khidmat tetamu.'' Akhirnya beliau sendiri yang menyalakan semula lampu.''(Al-Zuhd, Imam Ahmad).


6. Sediakan Tempat Tidur

Sekalipun tidak mampu menyediakan bilik khas, apa tidaknya kita menyediakan bantal, alas tidur dan selimut. Sabda Nabi : ''Satu katil untuk lelaki, satu katil untuk isterinya dan yang ketika untuk tetamu, maka yang keempat untuk syiatan.'' (Riwayat Muslim).


7. Mengiringi Pulang

Imam al-Sya'bi berkata : ''Sebagai penyempurnaan kunjungan seseorang, hendaklah kamu mengiringinya sampai ke pintu rumah dan sehingga kamu tolong amilkan tali tunggangannya.'' (Al-Adab al-Syari'ah).


8. Walaupun Orang Bukan Islam

Au Hurairah berkata bahawa Rasulullah pernah menerima seorang tetamu kafir. Nabi pun meminta dibawakan kambing untuk diperah susunya. Lalu dia minum sampai habis. Nabi pun perah yang lain, dia minum sampai habis juga. Sampailah tujur ekor kambing. Bangun keesokkannya dia masuk Islam.'' (Riwayat Muslim).

Semoga dengan layanan kelas pertama sebegini mereka terpikat dengan Islam.


No comments:

Post a Comment