Tidak dinafikan pada hari ini keimanan seseorang tidak dapat diukur hanya pada pakaian. Namun cuba fahami kata-kata ini, ''Orang yang bertudung belum tentu baik, tetapi orang yang baik sudah tentu bertudung.''


Siapa Kita Untuk Melabel Orang Lain ?
Siapa Kita Untuk Melabel Orang Lain ?
Credit Pic : SUMBER

Siapa Kita Untuk Melabel Orang Lain ? 


Fikir Sebelum Label

Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Akal juga membantu seseorang dalam membuat pilihan dan keputusan. Yang dosa itu jelas, yang pahala juga jelas. Jadi gunakan akal untuk mendidik nafsu. Setiap perintah daripada Allah sudah termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Tugas manusia adalah untuk menyelak dan mengkaji, usah melulu membuat perhitungan.

Berfikir sebelum berkata-kata mampu menyelamatkan diri daripada mengeluarkan kata-kata berbisa. Lidah yang terjaga pasti menuturkan yang indah-indah. Tiada istilah mulut jahat tetapi hati baik. Mustahil jika memerah buah oren, keluar epal.


Hentikan Budaya Melabel

Di bangku persekolahan, kita didedahkan denan dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu agama dan sistem pendidikan, terdapat konflik dalaman semasa bersekolah agama, Ada sikap merasakan diri lebih baik daripada orang lain dan suka melabel.

Namun, budaya melabel mula terhakis apabila kita memberi ruang kepada diri mempelajari nilai-nilai murni daripada kawan-kawan di sekolah sekular. Mereka mungkin kurang kesedaran agama namun dalam diri mereka punya sisi yang positif.

Sesungguhnya, Allah menciptakan manusia pelbagai bangsa, bahasa dan warna kulit sebagai tanda kebesaran Allah. Tiada yang sia-sia di muka bumi ini. Bercampur gaul dengan semua orang mampu mengikis budaya melabel dan dalam masa yang sama mampu menyebarkan dakwah melalui akhlak yang indah.


Jangan Sampai Salah Melabel

Hati yang sihat, produknya memberi manfaat. Gunakan cermin untuk melihat kekurangan diri, usah sibuk mencapai tele-skop untuk mengintai kekurangan orang lain. Hati ialah raja dalam memandu diri. Cerminan akhlak bermula daripada hati. Hati-hati, jangan sampai salah melabel, Tuntutlah ilmu bagi mendidik hati, menundukkan nafsu dan mengurus iman.

Ilmu dan iman perlu seiring. Sentiasalah muhasabah diri, adakah kita telah menjadi hamba Allah yang meng, ikut spesifikasi yang ditetapkan-Nya ? Apa yang kita lihat, dengar dan lalui, jadikan sebagai pelajaran yang dipelajari.

Hentikan melabel kerana destinasi akhir kita belum tentu lagi syurga atau neraka. Semasa bermuamalat, didik diri untuk melihat seperti jurugambar yang hanya menfokuskan kepada permandangan yang cantik dan mengabaikan yang jelek. Sama-sama membaiki diri dan usah menunding jari.


SUMBER - Sharifah Nurulhidayah Bt Habib Elias

Post a Comment

Previous Post Next Post