Sebagai manusia biasa, kita akan melakukan kesilapan di sela-sela kehidupan. Mungkin tersilap cakap, tersilap memberikan harapan atau tersilap perbuatan sehingga kesan daripada kesilapan yang dilakukan sudah tidak dapat dipulihkan. 

Cara Terbaik Mengatasi Rasa Bersalah Dalam Diri
Cara Terbaik Mengatasi Rasa Bersalah Dalam Diri
Credit Pic : SUMBER 

Sekarang mari kita lihat apa yang harus dilakukan apabila kita melakukan kesilapan.

Cara Terbaik Mengatasi Rasa Bersalah Dalam Diri


Terimanya Sebagai Suatu Kesilapan

Ramai orang yang melakukan kesilapan tetapi tidak semua menyedari dan mengakui bahawa dia melakukan kesilapan. Ini bukan soal siapa yang salah atau betul, tetapi tentang kerendahan hati untuk menyedari bahawa pasti ada sedikit sebanyak kesilapan yang telah dilakukan.


Minta Maaf

Jika anda telah melakukan kesalahan kepada seseorang, pohonlah kemaafan. Islam juga meletakkan syarat meminta maaf dan memulangkan hak dalam syarat-syarat taubat.

Meminta maaf juga ibarat memulangkan hak kepada orang yang sepatutnya. Kadang-kadang, hati boleh menjadi lembut hanya dengan kata maaf yang terucap.


Lepaskan Sesuatu Yang Tidak Mampu Anda Kawal

Banyak perkara dalam dunia yang tidak mampu kita kawal. Dalam hal ini, mungkin ianya berkaitan dengan pihak yang telah kita lakukan kesalahan. Mungkin mereka tidak mahu memaafkan, mungkin mereka terlalu membenci.

Jika usaha telah dilakukan berkali-kali, dan keadaan tidak juga berubah, maka berdamailah dengan keadaan yang terjadi. Berdoalah kepada Tuhan agar dia dilembutkan hati, dan semoga dengan berlalunya masa, maka kemaafan akan perlahan-lahan lahir dari hati.


Bebaskan Diri Anda Daripada Belenggu Rasa Bersalah

Usah terlalu menghukum diri dengan kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan yang dilakukan itu adalah pada Tuhan, percayalah bahawa pintu kemaafan sentiasa terbuka. Jika kesalahan yang dilakukan pada orang dan usaha meminta maaf telah dilakukan, anda tidak perlu lagi menghukum diri. Bebaskan diri anda daripada belenggu rasa bersalah dan teruskan hidup dengan lebih baik.


Belajar Daripada Kesalahan

Belajarlah daripada kesalahan yang lalu. Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Tanam keazaman untuk tidak lagi melukai dan menyebabkan sakitnya sekeping hati.


Berterima Kasih

Apa yang terjadi bukan kebetulan. Hakikatnya segalanya telah ditentukan oleh Tuhan. Di sebalik semua yang telah terjadi, anda boleh berterima kasih kepada Tuhan, dan kehidupan yang telah menganugerahkan pengalaman yang mematangkan.


SUMBER

Baca Juga : Waktu Terbaik Menasihati Anak-Anak Yang Degil

Post a Comment

Previous Post Next Post