Artikel ini dikongsikan oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman rasmi Facebook beliau berkenaan dengan 10 sifat suami idaman isteri.
Sifat Suami Yang Menjadi Idaman Setiap Isteri Credit Pic : SUMBER |
Semoga dengan sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Sifat Suami Yang Menjadi Idaman Setiap Isteri
1. Pasang Niat
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami yang terbaik buat isteri. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin menjadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa perkara ini dalam kehidupan..
2. Bersyukur
Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik anda yang Tuhan kurniakan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik buat hambaNya..
3. Senyum
Setiap hari pulang kerja dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak juga turut akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Tak rugi pun senyum.
4. Jadi Teman Berbual
Pastikan anda ada ruang untuk berbual dengan isteri anda setiap hari. Semua isteri akan bahagia apabila dapat berbual dengan suami tercinta. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri anda setiap hari ?
5. Telefon dan Beri Mesej Cinta
Menelefon isteri ataupun hantar whatsap sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok serta tesipu-sipu dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun whatsap tersebut dari suaminya.
6. Jadi Pak Lawak
Suami idaman tidak semestinya perlu kelakar, tetapi apabila dia mencuba menghiburkan hati isterinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan suami mengubat hati isteri dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan suami isteri.
7. Cari Peluang Bergurau Manja
Pastikan anda selalu bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja destinasi . Ramai suami membazirkan masa dengan diam sahaja semasa di dalam kenderaan.
8. Makan Bersama
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan mengeratkan hubungan anda dan pasangan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
9. Mandi Bersama
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
10. Bantu Kerja Rumah
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. Percayalah, walaupun isteri anda tidak meminta tolong, pasti dia akan menghargai pertolongan anda.
Baca Juga : Tanda-Tanda Lelaki Tidak Suka Kita
Post a Comment