KENAPA SUAMI PERLU DENGAR NASIHAT ISTERI LEBIH DARI ORANG LAIN? Ini kerana nasihat dari seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang sememangnya tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya sendiri. Bahkan lebih kenal daripada maknya sendiri !!!!

Kenapa Lebih Perlu Dengar Nasihat Isteri Berbanding Kawan-Kawan?
Kenapa Lebih Perlu Dengar Nasihat Isteri Berbanding Kawan-Kawan?
Credit Pic : SUMBER


Baik buruk perangai diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia la yang hadap kita  setiap hari. 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap mahu setia bersama kita.

Kenapa Lebih Perlu Dengar Nasihat Isteri Berbanding Kawan-Kawan?

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut isteri adalah hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini sudah semestinya.

Wahai kawan-kawanku, bilamana isteri masih ada hati memberi nasihat, dengarlah nasihatnya. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi disitu. Kita baru sahaja kehilangan "Penasihat" terbaik yang telah di cipta untuk kita !

Tiada yang mampu lebih baik dalam memberi nasihat daripada isteri sendiri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang sudah dewasa.

Tiada siapa yang lebih jujur memberi dalam memberi nasihat melainkan isteri anda sendiri bahkan adik beradik sekalipun ada part tak sampai hati nak tegur takut kita pula yang berkecil hati.

Tiada yang lebih layak memberi nasihat selain isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka erlebih dahulu.

Dengan orang lain kita boleh la berdrama tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut anda sampai la ke teruk perangai anda, semua dia dah hadap!

Tak usah berbangga sangat andai ada rakan-rakan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.

Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri kita sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan pujian dari isterinya sendiri.

Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dari lubuk hati dan paling berniat baik, semestinya orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.


Baca Juga : Sifat Suami Yang Menjadi Idaman Setiap Isteri

Post a Comment

Previous Post Next Post