Pandangan manusia terhadap kecantikan itu berbeza-beza. Tak semua lelaki suka kan perempuan yang mempunyai wajah yang jelita, cukup la sekadar memiliki raut wajah dan kelakuan yang menyenangkan.

Maksud Sebenar Kecomelan Wanita Di Mata Lelaki
Maksud Sebenar Kecomelan Wanita Di Mata Lelaki
Credit Pic : SUMBER


Perempuan yang memiliki peribadi yang agak comel ini biasanya seorang yang sangat sederhana tetapi suka melakukan sesuatu diluar jangkaan kita. 

Maksud Sebenar Kecomelan Wanita Di Mata Lelaki


Ketahui maksud comel sebenar yang menjadi dambaan lelaki bukan mengada-ngada ya ! 


1. Suka Buat Kejutan

Mereka suka buat kejutan pada pasangan mereka. Kadang kala tak terfikir sama sekali apa yang hendak dirancang. Selalunya perempuan segini seorang yang sangat penyayang.


2. Seorang Yang Mesra

Perempuan sangat mudah mesra dengan orang sekeliling, malah sangat disenangi oleh orang ramai. Ada saja topik hendak dibualkan. Anda pasti tidak akan sesekali berasa bosan jika keluar dengan perempuan sebegini.


3. Suka Buat Kelakar

Walaupun kang kala lawaknya tidaklah terlalu menjadi, tetapi perempuan tetap nampak comel dengan gelagat yang bersahaja dan terbuka. Bukanlah sengaja mereka memaparkan sikap mengada-ngada, tetapi itulah dirinya yang sebenar.


4. Suka Berterus Terang

Dengan sikap comel mereka, mereka sering berterus terang tanpa berselindung jika ada yang mereka tidak berkenan tetapi selalunya dengan gaya yang santai dan dengan sedikit usikan. Bukan dengan cara memarahi, tetapi dengan usikan sedikit.


5. Suka Ketawa

Jika anda buat lawak, semestinya mereka inilah orang yang pertama akan ketawa. Ini kerana ianya adalah tindakan spontan dari mereka. Walaupun mereka mudah terhibur, namun tidak keterlaluan dan masih boleh dikawal.

Comel atau tidak itu adalah subjektif, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Jadi diri sendiri adalah jauh lebih baik dari berselindung disebalik perempuan yang sangat sempurna. 


SUMBER


Baca juga : Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan Degil

Post a Comment

Previous Post Next Post