Topik hangat sepanjang zaman di kalangan manusia bujang adalah soal jodoh. Bila sebut soal jodoh ni, ada yang belum bersedia, ada yang sudah bersedia. Tapi tahukah anda tanda-tanda yang menunjukkan anda sudah pun bersedia untuk berkahwin. 

Tanda-Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tanpa Anda Sedari
Tanda-Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tanpa Anda Sedari
Credit Pic : SUMBER


Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anda Sudah Pun Bersedia Untuk Berkahwin :

Tanda-Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tanpa Anda Sedari


1. Rasa Tak Keruan Bila Mendapat Kad Jemputan Kahwin

Tak kira la kan, jemputan dari media sosial ataupun kad jemputan. Bila dapat sahaja jemputan, kita rasa macam ada sesuatu macma serba tak kena.

Kekadang rasa mcm down semacam ja bila dapat kad jemputan ni tambah-tambah dari kawan sebaya atau sepupu.


2. Sudah Mula Berdoa Secara Serius Tentang Jodoh

Yang ini betul sangat-sangat. Kalau dalam doa pun kita dah mula bersungguh-sungguh berdoa pada Allah yang mana kita mahukan jodoh yang sebegini sebegitu, kiranya kita dah memang dah bersedia nak kahwin.


3. Rasa Sunyi Ja 

Kita memang tak boleh hidup bersendirian, akan muncul perasaan sunyi ja. Rasa nak berteman. Bukan hanya teman sesama jantina sahaja, bahkan yang boleh menjadi tempat kita berkasih sayang hidup kekal hingga ke akhir hayat.


4. Simpanan Bulanan Untuk Duit Kahwin

Kalau seseorang itu tak ada plan nak berkahwin, tak akan dia mula nak buat simpanan yang khusus untuk tujuan kahwin. Kecuali la, seseorang itu jenis suka berjimat cermat dalam semua hal. Membuat simpanan untuk kecemasan atau kegunaan masa depan.


5. Dah Bercakap Soal Kahwin Dengan Ibu Bapa

Bahagian ni adalah bahagian paling sukar bagi sesiapa sekali pun. Bercakap soal ini depan mak ayah memang memerlukan kita untuk bersedia mendengar apa sahaja respond mereka. Tak kan la..kita nak acah-acah berani bercakap soal kahwin dengan ibu bapa jika masih belum bersedia kan.

Kalau ada tanda-tanda dia atas ni, tak boleh la nak bagi asalan belum bersedia lagi. Kalau bab soal duit tak cukup, taks emestinya tak bersedia. Untuk berkahwin, tak perlu banyak duit sangat pun. Dengan syarat kedua-dua pihak kena faham dan bertoleransi sesama. Kalau niat kerana Allah, pasti Allah akan permudahkan segala urusan. 


SUMBER

Baca Juga : Dugaan Besar Yang Sering Berlaku Semasa Bertunang

Post a Comment

Previous Post Next Post