Artikel Terkini

Perlukah Diberi Peluang Kedua ?


Pernah atau tidak, anda berada dalam situasi dan kesalahan yang sangat berat sehingga segala kecaman dan kekecewaan diletakkan pada bahu anda? Pada waktu itu, dunia seolah-olah kelam dan menunggu masa untuk gelap dengan tidak nampak apa-apa.

Jika anda pernah berada dalam situasi tersebut, pasti anda membayangkan bagaimana penerimaan ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat sekeliling, bukan? 


Perlukah Diberi Peluang Kedua ?
Perlukah Diberi Peluang Kedua ?
Credit Pic : SUMBER

Adakah mereka akan sentiasa mengecam anda atau mungkin suatu hari nanti anda akan dimaafkan dan boleh diterima dalam masyarakat?

Perlukah Diberi Peluang Kedua ? 


Berbagai persoalan yang bermain di benak fikiran anda bukan? Takut untuk berhadapan dengan realiti namun, mahu atau tidak anda perlu menghadapinya kerana kesalahan itu datangnya dari anda dan yang perlu bertanggungjawab adalah diri anda sendiri.


Keputusan di tangan anda, sama ada untuk membersihkan nama dengan jujur dan meminta maaf atau lari dari kehidupan asal dan membina dunia yang baru. Terpulang.


Tetapi adakah anda merasakan wajar diberikan peluang kedua kepada anda agar kesalahan anda boleh dimaafkan dan anda boleh diterima semula dalam ahli keluarga sendiri?


Saya bawakan satu contoh – kerana cinta dan sayang kepada pasangan kekasih, anda sanggup untuk berkahwin secara sembunyi-sembunyi tanpa mendapat restu keluarga. Pada awalnya anda merasakan mampu untuk menyimpan rahsia tersebut.


Namun, sampai bila anda berfikir ia akan kekal tersimpan di dalam peti besi kepala kalian?
Lantas, adakah wajar anda dimaafkan dan wujudkah peluang kedua buat anda?


Jawapan yang tepat ialah ya, masih wujud peluang kedua jika anda berjanji untuk bertaubat, meminta maaf dengan orang yang dilakukan kesalahan, dan belajar daripada kesilapan anda sendiri.


Tidak kiralah sebesar mana pun kesalahan yang dilakukan dan seberat mana dosa yang ada, manusia itu diberi ruang dan nafas setiap hari kerana ia merupakan peluang Allah kepada hambaNya untuk belajar, sama ada dari kesilapan atau kejayaan.


Tugas manusia, bukanlah untuk menghukum, bukan untuk menilai dan mencatat dosa manusia serta menyebarkannya, tetapi tugas kita adalah untuk belajar daripada setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku di sekeliling.


Allah pasti akan menghantar petunjuk untuk memberitahu bahawa doa dan rintihan anda didengari, sama ada dengan penerimaan ahli keluarga atau wujudnya sokongan lain. Setiap sesuatu yang hadir, pasti ada hikmahnya yang akan disedari suatu hari nanti.


Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqara, 2:222)


Sedangkan Allah itu Maha Pengampun walau banyak mana dosa yang dilakukan, apatah lagi kita yang hanya sekadar manusia biasa dan tidak pernah lari dari berbuat dosa. Siapalah kita untuk menghukum.


Bukan sahaja peluang kedua, malah tidak terkira berapa banyak peluang yang sentiasa Allah berikan kepada manusia. Itulah bukti rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Oleh itu, anda tidak pernah terlambat untuk memohon ampun, tidak pernah terlambat untuk U-Turn atau menukar ke arah jalan yang betul.


Yang paling penting ialah belajar dari setiap perkara yang terjadi agar pisang tidak akan berbuah dua kali.
Wallahu a’lam.



Jika berlaku kesilapan, sama ada secara sengaja atau tidak, Allah itu Maha Pengampun. Bahkan, Allah tidak akan membiarkan hambaNya larut dalam kesedihan yang melampau.


SUMBER 

Baca Juga : Adakah Kopi Luwak Haram Diminum ?

No comments:

Post a Comment